Laman Utama · Artikel · Forum · Sembang · Webmail · Pautan Thursday, July 24, 2008
Navigation
Laman Utama
Artikel
FAQ
Forum
Muat Turun
Sembang
Webmail
Pautan
Album
Carian
Hubungi Kami
Kenali SMAP
Visi
Send Links
Send News
Send e-Articles
TERKINI
TALIAN HOTLINE WARDEN BERTUGAS 019-2444546.
FOTO PILIHAN
MUTIARA KATA
Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
HUBUNGI KAMI
SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU, KM 11, JALAN LABU 71900 LABU N.SEMBILAN NO. TEL : 06-7912245 NO. FAKS : 06-7912198
WAKTU SOLAT
KURSUS PERKEMBANGAN STAF(2)

Kursus Perkembangan Staf ke-2 diadakan di UTP bagi guru-guru baru yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Khuzaimah bt Hj. Sulaiman manakala guru-guru lain di makmal ICT disampaikan oleh En. Mat Yusof b. Abd. Rahman bagi tajuk 'Mail Merge'.
SOUTUL JIHAD JOHAN PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT NEGERI

Pasukan nasyid Soutul Jihad SMAP Labu menjuarai Festival Nasyid Peringkat Negeri yang diadakan di SMKA Pedas pada 21 Jun lalu. Manakala SMKA Pedas menjadi naib johan dan SBPI Jempol tempat ketiga. Ini bermakna Soutul Jihad menggalas lagi tanggungjawab untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 9-12 Julai nanti. Warga SMAP Labu mendoakan kejayaan Soutul Jihad di peringkat kebangsaan.
KEM KECEMERLANGAN STPM

Pada 20, 21 dan 22 Jun lalu, seramai 34 orang pelajar tingkatan 6 Atas telah menyertai kem kecemerlangan di Kem Sri Raudhah, Gombak Selangor. Objektif kem ini diadakan adalah untuk meningkatkan sahsiah pelajar, melatih pelajar hidup berdikari dan memberi motivasi kepada pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah, modul motivasi, latihan dalam kumpulan, 'jungle tracking', laluan 'obstacle' dan 'night walk'. Semua pelajar berpuas hati dengan aktviti yang dijalankan sepanjang program ini.
SAMBUTAN HARI GURU MERIAH

Pada 14 Jun lalu SMAP Labu telah mengadakan Sambutan Hari Guru yang dianjurkan oleh PERTIMA. Sambutan dimulakan dengan acara luar seperti pertandingan teh tarik, futsal dan sukaneka. Selepas itu para guru diraikan dengan persembahan pelajar, persembahan multimedia dan kuiz. Para guru mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar atas sambutan dan majlis yang diadakan.
SMAP LABU MENJADI TUMPUAN LAWATAN PIHAK LUAR

Pada minggu ini SMAP Labu telah didatangi oleh 3 sekolah bagi tujuan lawatan bench marking juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak. Antara sekolah yang mengunjungi SMAP Labu ialah :
1. Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun, Terengganu (36 pelajar/2 guru)
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Selangor (39 pelajar/2 guru)
3. Sekolah Menengah Yusuf Ishak, Singapura (38 pelajar/6 guru)
PENGHARGAAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SMAP Labu telah mendapat beberapa anugerah dari Kementerian Pelajaran Malaysia sempena Hari Kecemerlangan SBP 2008 di SM Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah baru-baru ini. Antara anugerah yang diterima ialah :
1. Anugerah Emas Pencapaian Gred Purata M/P Teras SPM 2007
2. Anugerah Emas Pencapaian Gred Purata M/P Elektif Agama SPM 2007
3. Anugerah Perak Pencapaian Gred Purata M/P Elektif Sains Tulen/Agama SPM 2007
4. Anugerah Gangsa Pencapaian Gred Purata M/P Elektif Sains Tulen SPM 2007
5. Anugerah Khas Mencapai 100% Gred A M/P Bahasa Malaysia PMR 2007
6. Anugerah Khas Mencapai 100% Gred A M/P Pendidikan Islam PMR 2007
7. Anugerah Khas Mencapai 100% Gred A M/P Kemahiran Hidup 2 & 4 PMR 2007
SMAP LABU MUNCUL JOHAN PESTA PANTUN 2008 DAERAH SEREMBAN 2

SMAP Labu muncul juara Pertandingan Pesta Pantun Daerah Seremban 2 bagi tahun 2008 mengalahkan SMK Bukit Mewah yang diadakan pada 12 Jun lalu. Tema perbahasan pantun kali ini mengenai 'Warisan Seni Budaya'.SMAP Labu diwakili Tasneem Aini, Nurul Atiqah, dan Fatin Hamidah. Paling membanggakan Tasneem Aini telah dinobatkan sebagai pemantun terbaik dalam pertandingan pantun tersebut. Tahniah diucapkan.
MAJLIS TAKLIMAT DAN AKUAN PENYERAHAN TELAGA TIUB NSBPW20

Pada 11 Jun lalu, satu majlis taklimat dan akuan penyerahan telaga tiub telah diadakan di Jabatan Mineral dan Geosains NS/Melaka yang dihadiri oleh Encik Sahizam Hashim sebagai mewakili Pengetua. Telaga tiub beserta sistem pembekalan air tanah dibina di SMAP Labu bagi menampung dan mengatasi jika berlakunya krisis air. Di akhir majlis wakil SMAP Labu dan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains telah menandatangani akuan penyerahan Telaga Tiub NSBPW20. Seluruh warga SMAP Labu sangat berterima kasih atas pembinaan telaga tiub ini.
PASUKAN NASYID SOUTUL JIHAD JUARA FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2

Pada 11 Jun lalu Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat Seremban 2 telah diadakan di SMK Seremban Jaya. Pasukan nasyid SMAP Labu Soutul Jihad telah dinobatkan sebagai Johan dengan membawakan 2 buah lagu bertajuk 'Minda Hadhari Insan Bestari' dan 'Tugas Insan'. Naib Johan disandang oleh SMK Seri Ampangan dan ketiga SDAR. Ini bermakna Soutul Jihad akan mewakili Daerah Seremban 2 di peringkat negeri. Tahniah diucapkan kepada 9 orang pelajar dan guru penasihat Ustazah Salwa.
PROGRAM MENGGILAP PERMATA - KELAS DALAM CUTI(KDC)

Pada cuti semester yang lalu Kelas Dalam Cuti yang dinamakan Program Menggilap Permata telah dilaksanakan dengan jayanya. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar teknik menjawab dalam peperiksaan di samping memberi tips dan motivasi bagi kecemerlangan akademik. Semoga para pelajar mendapat faedah dan menggunakan ilmu yang diperolehi bagi meningkatkan prestasi akademik masing-masing.
Page 1 of 8 1 2 3 4 > >>
Guest
Username

Password

Remember Me



Register
Lost Password?
PAUTAN
INFORMASI
1) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SBP& NEGERI SPM BERMULA 28 JULAI 2008 MANAKALA PERCUBAAN PMR PADA 4 OGOS 2008.
MAKLUMAN
Kepada pelajar, bekas pelajar dan guru smapl hantarkan laporan aktiviti beserta gambar kepada adminsmapl@gmail.com bagi perkongsian maklumat portal ini@terus menghantar melalui link 'send news' pada panel navigation.Terima kasih.
Member Poll
Salah satu objektif Program Angkasawan Negara ialah untuk menerapkan minat bidang sains dan teknologi terhadap golongan muda. Pada pendapat anda, adakah objektif tersebut mampu dipenuhi?

Ya

Tidak

Tidak Pasti

You must login to vote.
Users Online
Guests Online: 1
No Members Online

Registered Members: 730
Newest Member: msaidi 08
Copyrights of SMAP Labu © 2005
Best viewed with 1024 x 768 resolution